preloader

WAKTU OPERASI UNIT SPH

Unit Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) JAKIM beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi - 5.00 petang). Sebarang permasalahan dan pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui talian 03-88707149 / 7141 dan emel sph@islam.gov.my

 

 

PERMOHONAN SPH TAHUN 2022

Permohonan SPH tahun  2022 akan dibuka tidak lama lagi. Nantikan makluman rasmi dari SPH

KAJIAN PENGESANAN GRADUAN TAJAAN SPH JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang menjalankan kajian pengesanan graduan tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi mengetahui status pekerjaan terkini. Hasil kajian ini amat penting kepada JAKIM untuk menilai outcome dan impak terhadap usaha yang dijalankan.

Graduan tajaan SPH JAKIM bermula tahun 2012 sehingga 2018 (Kohort 1 - Kohort 6) diminta untuk melengkapkan borang yang telah disediakan di pautan https://forms.gle/d3QqcAcdyxXiU97c7

 

Info Semasa

Syarat & Tatacara Permohonan

Soalan Lazim

  • Apakah itu Skim Pembiayaan Hafiz (SPH)?
  • Siapakah yang TIDAK LAYAK memohon?
  • Berapakah kadar dan cara pembayaran Skim ini?
  • Adakah skim ini membiayai wang pendahuluan dan tiket kapal terbang.
  • Adakah pelajar terikat dengan sebarang perjanjian

Pembiayaan i-Hafiz


Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar hafiz yang memiliki diploma/ sijil tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.

about image

Kisah Kejayaan


"Alhamdulillah, suka untuk saya kongsikan bahawa SPH adalah salah satu tajaan yang banyak membantu terutama golong Huffaz dan mereka yang datang daripada golongan asnaf seperti saya." 

"Saya datang daripada keluarga asnaf dan merupakan anak kedua daripada 8 adik beradik, ibu saya adalah ibu tunggal serta masalah kewangan yang dialami oleh keluarga sedikit sebanyak menyukarkan saya untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, iaitu pengajian sarjana, namun saya merasakan satu keperluan untuk menyambung pengajian atas dasar cintakan ilmu ini dan meminati bidang penyelidikan." 

"Oleh itu, pada tahun pertama berbekalkan sumber kewangan daripada pekerjaan pam minyak saya menyambung pengajian di peringkat sarjana pengajian Islam pada tahun pertama, dan Alhamdulillah, pada tahun kedua selepas melalui proses temuduga dan sebagainya. Saya telah memperoleh biasiswa SPH dan sekali lagi alhamdulillah saya diberi ruang untuk fokus dalam penulisan tesis serta tamat pengajian lebih awal berbanding tempoh yang diberikan. Alhamdulillah."