GROUP WHATSAPP TEMU DUGA SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ TAHUN 2024
Calon-calon yang berjaya dipanggil temu duga diminta untuk menyertai Group Whatsapp temu duga Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) melalui pautan berikut : https://chat.whatsapp.com/DQHps71Hhan37RZ03jqMti
TERIMA KASIH
CETAKAN SURAT PANGGILAN TEMU DUGA DAN BORANG PROFAIL
Assalamualaikum
Calon-calon yang berjaya mendapat panggilan Temu Duga diminta untuk mencetak SURAT PANGGILAN TEMU DUGA dan BORANG PROFAIL. Kegagalan calon-calon mematuhi prosedur akan menyebabkan calon-calon dilarang masuk ke pusat Temu Duga
HEBAHAN DAN INFO SEMASA SPH
Sila Follow dan like Facebook Skim Pembiayaan Hafiz JAKIM untuk sebarang makluman terkini.
SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ (SPH) TAHUN 2024
Semakan panggilan Temu Duga Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) Tahun 2024 akan diumumkan mulai 6 Mei 2024 (Isnin). Sila layari portal SPH untuk semakan lanjut.
Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar hafiz yang memiliki diploma/ sijil tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.
"Alhamdulillah, suka untuk saya kongsikan bahawa SPH adalah salah satu tajaan yang banyak membantu terutama golong Huffaz dan mereka yang datang daripada golongan asnaf seperti saya."
"Saya datang daripada keluarga asnaf dan merupakan anak kedua daripada 8 adik beradik, ibu saya adalah ibu tunggal serta masalah kewangan yang dialami oleh keluarga sedikit sebanyak menyukarkan saya untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, iaitu pengajian sarjana, namun saya merasakan satu keperluan untuk menyambung pengajian atas dasar cintakan ilmu ini dan meminati bidang penyelidikan."
"Oleh itu, pada tahun pertama berbekalkan sumber kewangan daripada pekerjaan pam minyak saya menyambung pengajian di peringkat sarjana pengajian Islam pada tahun pertama, dan Alhamdulillah, pada tahun kedua selepas melalui proses temuduga dan sebagainya. Saya telah memperoleh biasiswa SPH dan sekali lagi alhamdulillah saya diberi ruang untuk fokus dalam penulisan tesis serta tamat pengajian lebih awal berbanding tempoh yang diberikan. Alhamdulillah."