TARIKH AKHIR PENGHANTARAN DOKUMEN SPH BAGI PELAJAR SEDIA ADA
Bagi mengelakkan berlaku sebarang kelewatan bayaran elaun dan yuran Unit SPH telah menetapkan tarikh akhir penyerahan dokumen Elaun dan Yuran Semester 2 Sesi 2024-2025 bagi pelajar sedia ada (Ijazah, Ijazah Sarjana dan Ph.D) adalah pada 15 April 2025.
Penghantaran dokumen adalah melalui serahan tangan dan pos
MAKLUMAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR SPH
Sila hantar dokumen yang telah disahkan bagi proses pembayaran elaun dan yuran. Pastikan dokumen yang dihantar Lengkap dan Jelas bagi mengelakkan kesulitan dan kelewatan bayaran
HEBAHAN DAN INFO SEMASA SPH
Sila Follow dan like Facebook Skim Pembiayaan Huffaz JAKIM untuk sebarang makluman terkini.
IKLAN TAWARAN SKIM PEMBIAYAAN HUFFAZ (SPH) TAHUN 2025
JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Skim Pembiayaan Huffaz (SPH) Tahun 2025
Permohonan SPH tahun 2025 akan dibuka bermula 22 Mac hingga 13 April 2025. Sila baca syarat-syarat permohonan
Skim Pembiayaan Huffaz (SPH) merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar hafiz yang memiliki diploma/ sijil tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.
"Alhamdulillah, suka untuk saya kongsikan bahawa SPH adalah salah satu tajaan yang banyak membantu terutama golong Huffaz dan mereka yang datang daripada golongan asnaf seperti saya."
"Saya datang daripada keluarga asnaf dan merupakan anak kedua daripada 8 adik beradik, ibu saya adalah ibu tunggal serta masalah kewangan yang dialami oleh keluarga sedikit sebanyak menyukarkan saya untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, iaitu pengajian sarjana, namun saya merasakan satu keperluan untuk menyambung pengajian atas dasar cintakan ilmu ini dan meminati bidang penyelidikan."
"Oleh itu, pada tahun pertama berbekalkan sumber kewangan daripada pekerjaan pam minyak saya menyambung pengajian di peringkat sarjana pengajian Islam pada tahun pertama, dan Alhamdulillah, pada tahun kedua selepas melalui proses temuduga dan sebagainya. Saya telah memperoleh biasiswa SPH dan sekali lagi alhamdulillah saya diberi ruang untuk fokus dalam penulisan tesis serta tamat pengajian lebih awal berbanding tempoh yang diberikan. Alhamdulillah."