PERMOHONAN SPH DILANJUTKAN SEHINGGA 15 APRIL 2024
Assalamualaikum. Permohonan SPH secara atas talian DILANJUTKAN sehingga 15 April 2024.
TARIKH AKHIR PENGHANTARAN DOKUMEN SPH BAGI PELAJAR SEDIA ADA
Bagi mengelakkan berlaku sebarang kelewatan bayaran elaun dan yuran Unit SPH telah menetapkan tarikh akhir penyerahan dokumen Elaun dan Yuran Semester 2 Sesi 2023-2024 bagi pelajar sedia ada (Ijazah, Ijazah Sarjana dan Ph.D) adalah pada 15 Mac 2024.
Penghantaran dokumen adalah melalui serahan tangan dan pos
HEBAHAN DAN INFO SEMASA SPH
Sila Follow dan like Facebook Skim Pembiayaan Hafiz JAKIM untuk sebarang makluman terkini.
IKLAN TAWARAN SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ (SPH) TAHUN 2024
JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) Tahun 2024.
Tarikh Permohonan : 25 Mac 2024
Tarikh tutup permohonan : 8 April 2024
Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar hafiz yang memiliki diploma/ sijil tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.
"Alhamdulillah, suka untuk saya kongsikan bahawa SPH adalah salah satu tajaan yang banyak membantu terutama golong Huffaz dan mereka yang datang daripada golongan asnaf seperti saya."
"Saya datang daripada keluarga asnaf dan merupakan anak kedua daripada 8 adik beradik, ibu saya adalah ibu tunggal serta masalah kewangan yang dialami oleh keluarga sedikit sebanyak menyukarkan saya untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, iaitu pengajian sarjana, namun saya merasakan satu keperluan untuk menyambung pengajian atas dasar cintakan ilmu ini dan meminati bidang penyelidikan."
"Oleh itu, pada tahun pertama berbekalkan sumber kewangan daripada pekerjaan pam minyak saya menyambung pengajian di peringkat sarjana pengajian Islam pada tahun pertama, dan Alhamdulillah, pada tahun kedua selepas melalui proses temuduga dan sebagainya. Saya telah memperoleh biasiswa SPH dan sekali lagi alhamdulillah saya diberi ruang untuk fokus dalam penulisan tesis serta tamat pengajian lebih awal berbanding tempoh yang diberikan. Alhamdulillah."