MAKLUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR SPH SEDIA ADA. PENGHANTARAN DOKUMEN BAGI TUNTUTAN ELAUN DAN YURAN SPH BAGI SEMESTER 2 SESI 2022-2023 BOLEH DIKEMUKAKAN KEPADA PEJABAT SPH SELEWAT-LEWATNYA SEBELUM ATAU PADA 30 MAC 2023
PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ (SPH) SESI PENGAJIAN 2022/2023 (SEMESTER 2) AKAN DIBUKA BERMULA 27 MAC HINGGA 7 APRIL 2023. PERMOHONAN ADALAH SECARA ATAS TALIAN MELALUI https://sph.islam.gov.my. TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 7 APRIL 2023.
Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar hafiz yang memiliki diploma/ sijil tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.
"Alhamdulillah, suka untuk saya kongsikan bahawa SPH adalah salah satu tajaan yang banyak membantu terutama golong Huffaz dan mereka yang datang daripada golongan asnaf seperti saya."
"Saya datang daripada keluarga asnaf dan merupakan anak kedua daripada 8 adik beradik, ibu saya adalah ibu tunggal serta masalah kewangan yang dialami oleh keluarga sedikit sebanyak menyukarkan saya untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, iaitu pengajian sarjana, namun saya merasakan satu keperluan untuk menyambung pengajian atas dasar cintakan ilmu ini dan meminati bidang penyelidikan."
"Oleh itu, pada tahun pertama berbekalkan sumber kewangan daripada pekerjaan pam minyak saya menyambung pengajian di peringkat sarjana pengajian Islam pada tahun pertama, dan Alhamdulillah, pada tahun kedua selepas melalui proses temuduga dan sebagainya. Saya telah memperoleh biasiswa SPH dan sekali lagi alhamdulillah saya diberi ruang untuk fokus dalam penulisan tesis serta tamat pengajian lebih awal berbanding tempoh yang diberikan. Alhamdulillah."