ARAHAN MELAPOR DIRI SETELAH TAMAT BELAJAR
Kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian , para pelajar dikehendaki melapor diri secara bersemuka di JAKIM atau melalui portal ini dalam tempoh 60 hari dari tarikh konvokesyen. Bagi pelajar yang melapor diri melalui portal ini, pelajar dikehendaki mengisi ruangan yang disediakan dan menghantar dokumen yang diperlukan sebagai lampiran melalui email sph, sph@islam.gov.my. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi urusetia.
Sekian, dimaklumkan
PEMAKLUMAN PENGHANTARAN DOKUMEN BAGI BAYARAN ELAUN DAN YURAN
Bermula pada sesi 2025, beberapa tambahbaik akan dilaksanakan. Pelajar perlu memberikan 3 set salinan dokumen dan melabelkannya.
Setiap leader universiti bagi setiap kohort, perlu melampirkan memo ringkas yang ditulis senarai nama pelajar beserta dokumen untuk mengelakkan dokumen tercicir.
Sekian, dimaklumkan
MAKLUMAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR SPH
Sila hantar dokumen yang telah disahkan bagi proses pembayaran elaun dan yuran. Pastikan dokumen yang dihantar Lengkap dan Jelas bagi mengelakkan kesulitan dan kelewatan bayaran
HEBAHAN DAN INFO SEMASA SPH
Sila Follow dan like Facebook Skim Pembiayaan Huffaz JAKIM untuk sebarang makluman terkini.
Skim Pembiayaan Huffaz (SPH) merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar hafiz yang memiliki diploma/ sijil tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.
"Alhamdulillah, suka untuk saya kongsikan bahawa SPH adalah salah satu tajaan yang banyak membantu terutama golong Huffaz dan mereka yang datang daripada golongan asnaf seperti saya."
"Saya datang daripada keluarga asnaf dan merupakan anak kedua daripada 8 adik beradik, ibu saya adalah ibu tunggal serta masalah kewangan yang dialami oleh keluarga sedikit sebanyak menyukarkan saya untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, iaitu pengajian sarjana, namun saya merasakan satu keperluan untuk menyambung pengajian atas dasar cintakan ilmu ini dan meminati bidang penyelidikan."
"Oleh itu, pada tahun pertama berbekalkan sumber kewangan daripada pekerjaan pam minyak saya menyambung pengajian di peringkat sarjana pengajian Islam pada tahun pertama, dan Alhamdulillah, pada tahun kedua selepas melalui proses temuduga dan sebagainya. Saya telah memperoleh biasiswa SPH dan sekali lagi alhamdulillah saya diberi ruang untuk fokus dalam penulisan tesis serta tamat pengajian lebih awal berbanding tempoh yang diberikan. Alhamdulillah."